Wednesday 8 July 2015

Introduction

Nama aku Suria. Aku asal Kelantan dan menetap pun di Kelantan. Sekarang ni aku tinggal dengan family dan sedang tunggu keputusan nak masuk universitas. Lupa pulak nak bagitahu yang aku ni lepasan matrikulasi. Kolej Matrikulasi Johor. Aku baru habis program matrik aku bulan lima tahun ni. Lepas final exam hari tu aku terus blah dari matrik. Bunyi macam tak suka je kan duk matrik? Tak la, aku takde la macam tak suka sangat duk matrik tu. Tapi ye lah aku bukannya pandai sangat so tak berapa nak enjoylah belajar kat sana. Kalau bab berkawan aku enjoy. hahaha. Aku sebagai pelajar matrik aku lah salah seorang contoh pelajar yang pemalas. Salah seorang tu maksudnya ada lagi lah yang pemalas selain aku. Pemalas aku ni Nauzubillah. Memang tak boleh di tolong. Bukan setakat belajar, nak turun makan kat kafe pun malas. Usah cakap turun riadah petang petang, basuh baju pun seminggu sekali padahal basuh pakai washing machine je pun. Pemalas memang pemalas. Assignment hmm memang tak payah cakap lah, boleh kira ngan jari je aku hantar. Yang mana aku rasa penting aku submit. Memang pemalas. Time final exam hari tu pun aku study cincai cincai je. Sempat tahu tak sepanjang study week aku download berdozen movie sampaikan roommate aku pun terjebak sekali. Dahsyat betul aku kan? Okay la dahsyat tak dahsyat aku dah dapat pengajarannya. Akhirnya bila keputusan final exam aku keluar, result aku dapat pun cincai cincai. Padan muka aku kan. 11/8 ni  keluar keputusan ipta, entah dapat entah tidak. Dengan pointer result bawah 3 tak tahu lah masih ada sinar ke tak nak masuk u nih.