Sunday 16 August 2015

UMT Pilihan Hati



Wahh tengok tajuk pun dah tahu apa aku nak bagitau. jeng jeng jeng. Alhamdulillah aku dapat masuk UMT. Tak sangka kan budak pemalas macam aku dapat masuk u. Apa apa pun bersyukur. Aku pun InshaAllah tak bawak tabiat lama ke uni ni nanti. Ramai jugak lah kawan kawan matrik dapat masuk UMT. Rasa macam balik ke matrik semula. hahaa. Kitorang siap buat group lagi kat whatsapp tau. Yelah senang nak tanya apa apa or inform apa apa dekat kawan kawan. Okay pasal UMT ni aku dapat kos Sains Gunaan (Sains Perikanan). Sains Perikanan? Ramai jugak la tertanya tanya kos tu pasal apa tentang apa. Paling aku tak suka orang macam pandang sebelah mata aje dengan kos yang aku dapat. Hello. Aku memang pilih kos ni okay. 3rd choice tau. 1st choice aku ambik ukm, kos  ada iv, memang awal2 lagi kena reject, then 2nd choice, aku pilih UMT jugak tapi kos akuakultur. 3rd choice as you can seeeeeee UMT, Sains Perikanan kalau bahasa omputis Fisheries. Ye la kot eja macam tu. Memang kos tu pasal ikan pun. Tak payah nak di sangkalkan lagi. Kalau ada yang tertanya tanya belajar kos ni nanti keluar boleh kerja ape je, senang aku jawab kerja dengan ikan la. hahaa. Takde lah. Macam ni la, kos Sains Perikanan ni yang aku baca la bidang kerjaya dia contohnya boleh jadi Pegawai Perikanan, Pegawai Laut, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sains, Usahawan Perikanan Moden, Eksekutif di syarikat-syarikat swasta macam SEAFDEC, World Fish Centre, Gold Industry dan lain lain. Ni semua aku dapat dari ehsan google. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kerja kerja tu haruslah cari sendiri yer. k boiii.

My Uni To Be. Tiga tahun kena duk sini tau. 

Ni ler groupnya. Ramai kot kawan matrik dlm 26 macam tu lah.  haa

No comments:

Post a Comment